Pena Seorang Faqir..

Coretan Sebuah Kehidupan..
Mencari Erti Ketenangan..
Membawa Pulang Kemenangan..

Nasihat al-Qamah : Lima Cara Pilih Sahabat

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah ( seorang sahabat Rasulullah S.A.W. ) kepada anaknya :

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila kamu menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila kamu menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang apabila kamu meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, apabila kamu diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Sahabat yang apabila kamu berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika kamu berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"WAJAHMU dengan linangan air mata keinsafan, LIDAHMU basah dengan berzikir kepada Penciptamu, HATIMU takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan DOSA-DOSA YANG SILAM disulami dengan taubat kepada-Nya.

Dosa Peringkat Pertama..

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua...

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. "Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

Wallahualam...

Ali bin Abi Thalib berkata:"Sebaik-baik amal adalah yang diterima Allah. Bertaubat dengan taubat yang murni. Dan, sebaik-baik hari adalah di mana engkau meninggalkan dunia dalam keadaan iman kepada Allah".
Hidup ini sebuah perjalanan. Tempat setiap orang menggantungkan harapan. Kesenangan dan keinginan hidup itu adalah fitrah. Tetapi pada praktiknya, banyak dari keinginan itu yang telah melampaui batas kebolehannya, melebihi batas kewajarannya, dan yang lebih mengerikan lagi, banyak yang melanggar batas kehalalannya.
Maka secara sederhana mampu dijelaskan, bahwa kejayaan di dunia ini, justeru harus dibangun dengan pengharapan kepada kebahagiaan akhirat secara tulus, kuat dan berkesinambungan. Persis seperti prinsip 'berawal dari akhir'. Ertinya, awalilah segala hidup di dunia ini dari dimensi akhir, yaitu akhirat. Diawali dalam niat, dalam langkah, dan gerak hidup, juga dalam detik-detik penutupannya.
dengan prinsip seperti itu, sesungguhnya seorang mukmin akan tampil dalam puncak keshalihannya: shalih di dunia dan shalih di akhirat. Kerinduannya akan akhirat begitu kuat. Tetapi itu tidak saja ia tuangkan pada kekhusyu'an ibadah-ibadah formal semata, tapi juga ia wujudkan pada keseluruhan karyanya di dunia dengan kerja keras, profesional dan punya kesiapan bersaing. Hingga, pada detik ketika ia harus pergi menghadap Allah, ia kembali dengan penuh pengharapan akan ampunan Allah dan penerimaan atas amal-amalnya.

Sungguh, dunia ini hanya layak diurus oleh orang-orang seperti itu. Apakah kita termasuk di antaranya ? Luangkan sedikit masa untuk kita memuhasabahkan diri kita yang dho’if ini....


Assalamu'alaikum.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Kepada Semua.

Sama²lah kita bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya yang tidak terhingga, dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang penuh barakah dan fadhilat ini.
Marilah kita sama² menghidupkan bulan ini dengan memperbanyak ibadat² sunat seperti qiamullail dan bertadarus Al-Quran.

Rebutlah peluang yang terbentang luas di depan mata kita ini kerana kita tidak mengetahui sekiranya kita akan dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Jadikanlah kisah yang berlaku kepada Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani sebagai suatu iktibar bagi diri kita. Nyawa yang kita miliki ini adalah milik ALLAH, maka ALLAH lah yang berhak mengambil nyawa kita pada bila² masa sekalipun tanpa memerlukan persetujuan dari kita.



Oleh itu, bersedialah pada setiap masa untuk bertemu dengan pencipta-MU, perbanyakkanlah mengingati akan mati agar diri kita tidak terbuai dengan segala keindahan dan kemewahan dunia yang terbentang di depan mata kita ini, perbanyakkanlah mengingati ALLAH agar diri kita tidak lalai dengan tipu daya syaitan dari kalangan jin mahupun manusia.

Wallahua'alam