Assalamu'alaikum.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Kepada Semua.
Sama²lah kita bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya yang tidak terhingga, dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang penuh barakah dan fadhilat ini.
Marilah kita sama² menghidupkan bulan ini dengan memperbanyak ibadat² sunat seperti qiamullail dan bertadarus Al-Quran.
Rebutlah peluang yang terbentang luas di depan mata kita ini kerana kita tidak mengetahui sekiranya kita akan dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Jadikanlah kisah yang berlaku kepada Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani sebagai suatu iktibar bagi diri kita. Nyawa yang kita miliki ini adalah milik ALLAH, maka ALLAH lah yang berhak mengambil nyawa kita pada bila² masa sekalipun tanpa memerlukan persetujuan dari kita.
Oleh itu, bersedialah pada setiap masa untuk bertemu dengan pencipta-MU, perbanyakkanlah mengingati akan mati agar diri kita tidak terbuai dengan segala keindahan dan kemewahan dunia yang terbentang di depan mata kita ini, perbanyakkanlah mengingati ALLAH agar diri kita tidak lalai dengan tipu daya syaitan dari kalangan jin mahupun manusia.
Wallahua'alam
Demi Masa...


Asmaul Husna

ReMemberance
Firman Allah S.W.T :
"Dan Jangan Engkau Patuh Akan Orang yang Telah Kami Lupakan Akan Hatinya Daripada Mengingati Kami Dan Terus Sahaja Mengikuti Hawa Nafsunya."
Blog Archive
Aug
24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment