Pena Seorang Faqir..

Coretan Sebuah Kehidupan..
Mencari Erti Ketenangan..
Membawa Pulang Kemenangan..

Adab merupakan roh bagi Islam. Tanpa adab yang menzahirkan hati budi seseorang yang bergelar mukmin, maka tiadalah bermakna pengakuannya sebagai seorang muslim kerana adab merupakan sebahagian daripada Islam itu sendiri.Ini kerana pada diri Rasullah itu terdapat adab-adab dan budi pekerti yang tinggi yang patut dicontohi dan diikuti oleh kita.

Firman Allah S.W.T :
"Sesunngguhnya telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh yang baik"

'Contoh yang baik' itu meliputi segenap perkara dalam kehidupan seorang manusia. Sama ada dari segi pentadbiran,sosial mahupun dalam berdakwah. Apakah kita tidak beriman dengan ayat ini sehinggakan kebanyakan dari kita pada hari ini menolak dan tidak berminat untuk mengkaji dan mempelajari sunnah-sunnah Baginda S.A.W? Kita mengaku beriman kepada kitab Al-Quran, kita mengaku akan kebenarannya, tetapai kenapa kita tidak pernah mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya ?

Firman Allah S.W.T
"Maka apakah kamu beriman dengan sebahagian Al-Kitab dan kufur kepada sebahagian yang lainnya? Maka tidak adalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian dari kalangan mereka melainkan kehinaan di dunia, dan pada hari akhirat kelak mereka akan ditimpakan dengan seberat-berat azab"



Firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan"

Dan ketahuilah bahawasanya sunnah-sunnah Rasulullah juga merupakan sebahagian daripada Islam.Adab-adab yang telah dipamerkan oleh Baginda S.A.W merupakan akhlak-akhlak yang terpuji. Setiap tingkahlaku Baginda S.A.W tidak bercanggah dengan Al-Quran. Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawasanya Baginda beramal dengan akhlak Al-Quran itu sendiri.Barangsiapa yang mengambil Islam itu sebagai pegangan, nescaya dia akan mendapat kemuliaan didunia dan diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Islam itu tinggi(mulia) dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya"

Berikut merupakan sebahagian daripada adab-adab dalam Islam yang telah dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah ...

Adab-adab dengan Allah Taala :
1. Merendahkan pandangan di hadapanNya.
2. Bersegera mengikuti perintahNya
3. Menjauhi laranganNya
4. Tidak menyangkal perbuatanNya (Tidak menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap takdirNya)
5. Mengakali zikir(ingat) kepadaNya
6. Mengambil yang hak dan meninggalkan yang batil
7. Merasa tenang dalam kehidupan kerana percaya dengan jaminanNya
8. Bertawakkal(berserah diri) kepada kelebihanNya kerana yakin dengan pilihanNya

Adab-adab orang 'alim(guru) :
1. Ihtimal(banyak sabar menanggung kesusahan.
2. Lambat marah.
3. Memilih tawadhu'
4. Meninggalkan bergurau dan bermain-main
5. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai
6. Tidak malu daripada perkataan "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya)
7. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang
    fardhu ain(Tauhid,Feqah,Tasawwuf)
8. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat
    mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya(ilmunya).

Adab-adab seorang murid :
1. Apabila ia menemui gurunya hendaklah dia memberi salam terlebih dahulu
2 Jangan membanyakkan bercakap-cakap dihadapan gurunya
3. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya
4. Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya mengajar
5. Jangan meliarkan pandangan ketika guru sedang mangajar bahkan hendaklah dia tunduk dgn penuh sopan
6. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
7. Apabila gurunya berdiri hendaklah dia berdiri bagi menghormatinya
8. Jangan berburuk sangka dengan perbuatan gurunya yang pada zahirnya menyalahi ilmunya(bukan menyalahi agama) maka gurunya itu lebih mengetahui dengan rahsia perbuatannya sebagaimana kisah Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidhir A.S. - rujuk surah al-kahfi ayat 71

0 komen:

Post a Comment