Pena Seorang Faqir..

Coretan Sebuah Kehidupan..
Mencari Erti Ketenangan..
Membawa Pulang Kemenangan..

Terlalu banyak nikmat yang Tuhan kurniakan sehinggakan tidak termampu untuk kita menghitungnya. Walau bagaimanapun, perasaan ini hanya timbul apabila kita dapat merasakan Tuhan Maha Besar dan pada masa yang sama merasakan diri ini begitu kerdil, lemah dan miskin di hadapan Allah. Jika Tuhan mengeluarkan bil bagi segala nikmat yang diberikanNya, pasti kita tidak akan mampu membayarnya. Terlalu banyak nikmat yang telah Tuhan kurniakan secara percuma kepada kita. Namun begitu, hanya segelintir kecil dari kalangan kita sahaja yang menyedari dan mengingati hakikat tersebut lantas tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah sebagai satu kesyukuran di atas segala nikmat pemberian Ilahi. Antara perkara2 yang Tuhan berikan secara percuma :

Anggota dan organ

  1. Tangan
  2. Kaki
  3. Kepala
  4. Otak
  5. jantung
  6. Hati
  7. Buah pinggang
  8. Usus dan sebagainya


Deria

  1. Penglihatan
  2. Pendengaran
  3. Rasa
  4. Bau
  5. Sentuhan


Alam sekitar

  1. Cakerawala; matahari, bulan bintang dan sebagainya
  2. Udara; oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan sebagainya
  3. Hujan; awan, angin dan sebagainya
  4. Tumbuh-tumbuhan sama ada untuk dimakan seperti padi, gandum, dan sebagainya ataupun sebaliknya.
  5. Haiwan termasuk untuk dimakan seperti ayam, kambing dan sebagainya ataupun sebaliknya.


Keluarga dan masyarakat
Ibu-bapa, suami, isteri, anak2, sanak saudara dan lain2.Jiran tetangga, rakan sekerja, jemaah masjid dan lain2.

      Perkara2 yang disenaraikan di atas adalah terlalu sedikit, mungkin tidak sampai setitis apabila dibandingkan dengan lautan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Allah mencabar manusia menghitung nikmat yang diberikan, malah manusia cuba menghitungnya, namun ternyata ia tidak terhitung. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran sebagai peringatan sebagaimana maksud ayat berikut,

"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat2 Allah, (pasti) ia takkan terhitung."

     Cuba kecikkan skop kepada nikmat udara. Allah memberikan nikmat udara dalam atmosfera dengan nisbah gas tertentu supaya sesuai bumi ini dihuni oleh manusia dan lain2 makhluk ciptaanNya. Nisbah gas itu adalah nitrogen(78%), oksigen(21%), dan selebihnya adalah karbon dioksida, gas2 nadir serta wap air (kalau tak silap laa..). Keadaan ini tidak wujud di planet marikh, utarid dan lain2 planet di alam semesta ini. Oleh sebab itu, bumi adalah tempat terbaik dan paling selamat bagi manusia.

     Bayangkan sekiranya Tuhan keluarkan bil oksigen yang telah kita gunakan selama kita hidup di atas muka bumi ini. Pasti kita tidak akan mampu untuk membayarnya! Mungkin banyak tunggakan. Apabila bil sudah beberapa kali tertunggak, perkhidmatan yang diberikan wajar dipotong! Bagaimana kita apabila bekalan oksigen dipotong? Bagaimana kita apabila bekalan karbon dioksida dipotong?

    Katakanlah kadar oksigen adalah RM1.00 setiap kali bernafas. Kajian telah menunjukkan, manusia dewasa bernafas sebanyak 18 hingga 30 ribu kali dalam sehari. Katakan 20 ribu kali/hari, ini bermakna dalam tempoh hayat 21 tahun, individu sudah bernafas sebanyak 21 X 365 X 20,000 = 153,000,000 kali. Oleh itu, nilai yang perlu dibayar adalah RM153 juta! ( Ini hanya satu perumpamaan, pastinya nilai yang sebenar jauh lebih tinggi dari ini)

Ingatlah akan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita tidak pernah memintanya. Namun, Allah lebih mengerti akan keperluan manusia lalu menyediakannya sebelum manusia itu sendiri memintanya. Begitulah juga halnya dengan kehidupan kita. Segala suruhan dan larangan yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan hadith merupakan yang terbaik baik manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Manusia merupakan ciptaan Allah, maka Allah lah yang lebih mengetahui caranya untuk mengawal manusia. Berpeganglah kepada KitabuLlah dan Sunnah RasuluLlah s.a.w agar dapat kita menjadi hambaNya yang terbaik sama ada di dunia mahupun di akhirat.

WaLlahu'alam

0 komen:

Post a Comment